Lelaki Excited Beli Frame Simpan Surat Kompaun Langgar SOP Untuk Memori

Dalam situasi pandemik sekarang, sangat penting untuk kita semua jaga SOP. Bukan je penting untuk kesihatan diri sendiri, tetapi jugak untuk elakkan daripada dikompaun. Dah satu hal pulak kena bayar.

Biasanya surat kompaun ni adalah satu benda yang akan dibenci, walaupun kompaun tu sebenarnya berpunca daripada kesalahan diri sendiri. 

Tapi lain halnya dengan lelaki @nursyafiqnaser ni.

@nursyafiqnaser

Abadikan kenangan untuk tatapan anak bini cucu cicit nanti. Kenangan semasa PKP. Bila la pkp nak habisss ?? #fypppp #shouldbeme

♬ original sound – Nur Aqilah – Nur Aqilah

Dia siap beli frame untuk letak surat kompaun bernilai RM500 yang diterima. Katanya adalah untuk kenangan di masa akan datang buat tatapan anak bini cucu cicit nanti.

Walaupun redo sebab itu memang salahnya sendiri, tapi gelagatnya yang siap beli frame tu buatkan ramai yang geli hati. Punya berhati-hati dia pilih frame supaya sesuai dengan saiz suratnya.

Amboi, jaga betul dia ‘surat cinta’ abam polis tu kan?

Mungkin kalau diframekan lepas tu letak pulak sebelah pintu rumah, boleh jadi peringatan dekat diri sendiri supaya sentiasa jaga SOP bila langkah je keluar dari pintu rumah tu.

Raja Lepak

Read Previous

Terlampau Yakin Boleh Menang, Penonton Geli Hati Dengan Aksi Atlet Lari Berpagar Ini

Read Next

Ingatkan Sticker, Rupanya Tulisan Tangan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *