Ingatkan Sticker, Rupanya Tulisan Tangan!

Pernah tak korang terfikir yang tulisan biasa kita nampak dekat pintu lori tu sebenarnya tulisan tangan dan bukannya sticker?

Ye weh, CT pun ingat itu memang sticker sebab macam huruf yang dihasilkan memang sama besar je. Elok kemas macam guna printer atau cop.

Tapi lepas tengok video yang @anthraxxx781 ni share, barulah CT sedar yang itu semuanya hasil kerja tangan manusia dan bukannya robot.

Tengok pakcik ni lukis, elok je lawa. Kemas! Ada netizen share yang untuk satu job tulis ni boleh cecah RM1,000 tau! 

Fuh, nampak macam rate ni mahal, tapi agak berbaloilah kan kalau tengok hasilnya lawa macam ni. Dan kalau korang nak tahu, tulisan atau design dekat kereta mewah ada yang ditulis guna tangan.

Korang kalau ada bakat tulisan kemas & cantik ni bolehlah cuba cuba buat jugak part time. Masyuk jugak ni.

Raja Lepak

Read Previous

Lelaki Excited Beli Frame Simpan Surat Kompaun Langgar SOP Untuk Memori

Read Next

Selesai Membuang Tapi Tandas Tak Ada Air, Lelaki Cerita ‘Seksanya’ Nak Minta Tolong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *