Korang dah berapa bulan tak balik kampung jumpa mak ayah?
Sedih gila kan bila rutin balik jenguk mak ayah dah tak boleh nak dibuat disebabkan kes makin tinggi. Hari-hari tengok angka kes harian pun rasa terlampau sedih. Bilalah agaknya kes nak turun ni.
Sebabkan ramai yang dah mengeluh, kerajaan menerusi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata cadangan untuk benarkan ibu bapa atau pasangan jarak jauh yang dah lengkap dua dos vaksin diberikan kelonggan untuk merentas negeri.
Tapi isu ni akan dibawa dulu dalam mesyuarat MKN untuk ditimbang tara segala kemungkinan, barulah keputusan dibuat.
Dan Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Yassin berkata sesiapa yang dah lengkap 2 dos vaksinasi akan diberikan sijil khas. Mungkin sijil ni nanti yang akan digunakan untuk kebenaran ni nanti.
Sama-samalah kita tunggu.
Yang masih belum mendaftar untuk dapatkan vaksin, silalah berbuat demikian ye.
Vaksin ni bukan setakat kurangkan gejala serius dan kes kematian disebabkan virus COVID-19, tetapi juga kurangkan risiko penularan kepada orang lain.
Jadi bila ini berlaku, lama-lama semakin berkuranglah kes kematian disebabkan wabak pandemik ni kan?
Korang tahu tak, wabak COVID-19 ni memang tak akan hilang? Dan WHO sendiri cakap yang kita ni penduduk dunia memang terpaksa ‘hidup’ dengan dia, macam mana kita hidup dengan penyakit lain macam AIDS.
Sampai bila kita kena pakai mask kan? Jadi vaksin adalah salah satu ikhtiar untuk kita kembali kepada keadaan normal balik.
Tapi ingat, vaksin ni bukan bermaksud kita ni kebal ye. Buat masa sekarang, tetap jaga SOP yang ditetapkan.
Btw, korang ingat lagi tak CT pernah cerita yang Presiden Filipina, Rodrigo Duterte cakap dekat rakyat dia: “Kalau tak nak cucuk vaksin COVID-19, aku cucuk vaksin babi.”
Korang tengok dia punya ugut rakyat dia macam mana. Korang boleh baca dekat: Presiden Filipina Ugut Akan Suntik Vaksin Untuk Babi Kalau Rakyat Degil Tak Nak Vaksin COVID-19
Kredit gambar utama: Harian Metro/Sinar Harian