Melombong Secara Haram, Macam Tu Je Rig Bitcoin Kena ‘Lenyek’ Dengan PDRM

Mungkin terlampau geram dengan tindakan mereka mencuri bekalan elektrik untuk melombong Bitcoin, pihak PDRM ambil keputusan untuk melenyek 1,069 mesin bitcoin yang  berjumlah hampir RM5.3 juta.

Dengan gunakan jentera penggelek, kesemua mesin dilenyek dan rakaman itu dimuat naik di media sosial pihak PDRM.

Kejadian yang berlaku di Miri itu sebenarnya berlaku 16 Julai lalu, tapi sampai sekarang masih lagi diperkatakan media besar dari luar negara seperti BBC, CNN dan SCMP.

Sebabkan aktiviti haram ni, Sarawak Energy Berhad (SEB) menanggung kerugian sehingga RM8.4 juta berikutan dengan penggunaan elektrik secara tidak sah.

Amboi, nak melombong tu tak salah.

Jadi salah bila kaedah yang digunakan tu tak betul. Dahlah curi elektrik, lepas tu sampai terbakar rumah orang dibuatnya.

Dikatakan menerusi tahanan yang dibuat, 8 orang ditahan dan 6 daripada dah pun berjaya dituduh di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang akan dikenakan denda sehingga RM8,000 dan penjara sehingga lapan bulan.

Moga ni pun jadi pengajaran dekat orang lain yang tengah buat kerja-kerja melombong secara haram tu.

Raja Lepak

Read Previous

Skill Jurugambar Rakam Kejadian Gaduh Dipuji Netizen – Stabil & Jelas

Read Next

Akhirnya! Lengkap Dos Vaksin Boleh Rentas Negeri?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *