Kes masih lagi tak nampak tanda-tanda penurunan dalam masa terdekat ni. Tapi benda tak mustahil kalau orang ramai sama-sama patuh kepada arahan untuk #StayAtHome.
Untuk sentiasa ingatkan rakyat Malaysia supaya kurangkan aktiviti luar rumah, biasanya dengan inisiatif pihak berkuasa tempatan akan ada lokasi yang gunakan servis van hebahan.
Van ni akan ronda kawasan-kawasan setempat dekat kawasan yang terkena PKPD dengan ingatkan rakyat supaya kekal je di rumah.
Tapi baru-baru ni viral pasal van hebahan yang buat hebahan serius iaitu pasal COVID-19 tapi boleh pulak dibuat dalam versi lagu dangdut. Meriah! Siap buat pakej konsert percuma lagi tu.
Tapi yang menghiburkan, team van hebahan tu memang kreatif sebab siap ubah lirik nyanyian asal Amelia supaya sepadan dengan keadaan sekarang.
Ya, netizen memerlukan hiburan sebegini sekarang. Tak payah lebih-lebih, benda macam ni pun dah boleh buat hati yang terseksa kena kurung.
Setuju tak?
Btw, kalau bijak cuba teka apa tajuk asal lagu ni?