Korang ingat lagi tak tikus yang ditugaskan untuk cari periuk api dekat lapangan yang pernah viral satu ketika dulu?
Tikus dari Afrika yang diberi nama Magawa ni akhirnya akan bersara lepas 5 tahun berkhidmat dengan Kemboja untuk mengesan periuk api serta objek letupan dekat sana.
Kenyataan ini disahkan Pengarah APOPO, satu badan amal Pembangunan Pengesanan Periuk Api Anti-Personel (APOPO) yang melatih Magawa.
Magawa, kini berusia 7 tahun dilantik lepas banyak nyawa rakyat Kemboja yang terkorban dek kerana terpijak periuk api yang ada. Malah ramai juga yang disahkan cacat kekal.
Dalam keadaan ekonomi Kemboja yang masih lemah, masalah periuk api memang bawa kepada risiko kemiskinan yang makin tinggi.
Jadi tugas Magawa ni kesan periuk api supaya rakyat Kemboja dah tak perlu lagi takut berjalan atas tanah sendiri yang mana risiko kematian boleh berlaku bila-bila masa.
5 tahun je dah cukup buat Magawa terlampau letih. Dan lepas bersara, bolehlah dia buat benda yang dia suka seperti makan pisang dan kekacang.
Tahniah Magawa!