Jeans Koyak & Ketat Tak Boleh Pakai Dekat Korea Utara, Ini Alasan Jong Un

Kadang-kadang bila dengar peraturan dekat Korea Utara, rasa macam mengarut pun ada. Tapi di bawah perintah Kim Jong Un, semua kena ikut arahan beliau.

Ingat pengaruh K-pop/K-Drama je tak dibenarkan dekat sana, tapi rupanya seluar jeans ketat pun tak boleh dipakai bila dekat sana. Tambah pulak jeans yang koyak dekat lutut tu.

Kredit: Harapan Rakyat

Larangan tu dikenakan bagi kekang orang muda di Korea Utara supaya tak terpengaruh dengan budaya barat yang boleh beri risiko buat rezim komunis di bawah beliau runtuh.

Sesiapa yang ingkar dan didapati pakai fesyen-fesyen yang pelik, semuanya akan dihantar ke kem buruh untuk didisplinkan. Bukan takat tu, rambut pun tak boleh pelik-pelik lain dari lain sebab menandakan gaya hidup sebagai kapitalis.

Kredit: The Jakarta Post

Kim Jong Un kata mereka perlu berhati-hati kerana sejarah terdahulu mengajar mereka untuk lebih berhati-hati dalam mempertahankan rezim mereka.

Beli barang made in China pun kena tembak korang: Kantoi Beli Produk ‘Made in China’, Pegawai Korea Utara Dijatuhkan Hukuman Bunuh

Kredit gambar utama: The Jakarta Post/htgetrid.com

Raja Lepak

Read Previous

Abang foodpanda Buat Hal, Ingat Motor Kena Curi Sekali…

Read Next

5 Tahun Bantu Kesan Periuk Api, Tikus Ini Akhirnya Bersara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *