Polis Sempat Sambut Birthday Suspek Sebelum Kutip Ke Balai

Birthday adalah satu hari yang wajar diraikan. Hari kita dilahirkan ke dunia dan mengingatkan kita setiap tahun dah bertambah usia kita.

Ramai yang akan buat macam-macam benda unik tak kisah lah simple macam mana pun demi untuk ingat hari bersejarah ni.

Tapi, seorang remaja lelaki ni mungkin tak akan lupa kenangan birthday dia kali ni sampai bila-bila sebab masa hari ini jugalah beliau menyambut bersama polis yang datang untuk membawanya ke balai polis.

Menurut sumber, remaja ni dah banyak kali sebenarnya ditangkap atas banyak kesalahan. Tapi sebab bawah umur, beliau dibebaskan dengan jaminan ibunya.

Tapi sebabkan tak serik, polis pun macam menunggu je beliau genap 18 tahun untuk tahan beliau sampailah beliau ditahan atas kesalah curi audio sistem kereta lain.

Polis punya excited tu siap duduk berdiri tepi nyanyikan lagu untuk dia tau. Mak dia pun dah jenuh nasihat tak nak juga dia dengar.

Kali ni, dah cukup umur peganglah tanggungjawab sendiri atas jenayah sendiri.

Muka masa potong kek tu tak payah cakaplah. Pasrah je sebab lepas ni memang ke tirai besi tanpa boleh dibebaskan ‘senang-senang’ macam dulu.

Itulah, degil sangat. Merasalah hukuman dunia.

Raja Lepak

Read Previous

5 Tahun Bantu Kesan Periuk Api, Tikus Ini Akhirnya Bersara

Read Next

Tolong Clearkan Jalan, Ucapan Terima Kasih Abang Ambulans Bikin Sebak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *