Kalau korang suka bau ketiak sendiri, mungkin korang boleh cuba try untuk apply kerja ni.
Tugas korang bukan cium ketiak sendiri je tau, korang kena cium sekali ketiak subjek gunakan kon leper dan bagi skor berdasarkan bau yang korang hidu tadi. Caranya makin kuat bau, makin tinggilah skor yang korang kena bagi.
Yang paling best kerja ni, bila korang boleh jadi jutawan dengan hanya kerja selama setahun je. Sebab gaji yang dibayar syarikat adalah USD2 juta yang mana kalau ditukarkan ke RM boleh cecah lebih RM8 juta!
Dengar gaji memang syiok gais dengan skop kerja yang ditawarkan syarikat produk deodoran dekat Amerika ni.
Tapi bila dengar subjek yang kita hidu tu nanti kena tak mandi 3 hari, jadi ngeri pulak dibuatnya. Kita yang tak mandi sehari pun dah rasa pening dengan bau ketiak sendiri. Bayangkanlah yang tak mandi 3 hari.
Pengsan beb.
Kalau korang rasa korang nak jadi jutawan, lepas tu hidung jenis kebal dengan bau ketiak ni. Bolehlah try apply.