Kononnya Ada Ilmu Kebal, Sekali ‘Tumpas’ Lepas 3 Kali Ditumbuk

Korang percaya tak kalau seorang itu mengaku yang dia tu ada ilmu kebal?

Macam dekat Indonesia ni, ada sorang pengamal seni bela diri, Yuli Mulyana yang jadi perhatian sebab dakwa siapa yang cuba untuk serang dia atau sentuh tubuh dia akan terpelanting kemudiannya terkaku dan pengsan.

Yuli yang amalkan ilmu laduni, satu ilmu yang kononnya boleh buat pengamalnya kebal dengan kuasa yang bersumber dari kuasa Tuhan yang sebelum ini dimiliki Sunan Kalijaga, ahli Wali Songo yang femes dekat sana.

Jadi atas rasa ingin tahu yang tinggi, seorang YouTuber, Marcel Radhival pun ajaklah Yuli untuk berjumpa dan ‘bertempur’ dengannya.

Korang boleh nampak yang Yuli masa awal tu konfiden, tapi lepas beberapa kali terima tumbukan daripada Marcel, Yuli nampak macam tengah tahan sakit.

Okey, bagi buktikan yang dia kebal, Yuli minta seorang ahli kelab dia untuk cuba sekali lagi serang dia. Dan si ahli kelab tadi belum pun sempat tumbuk Yuli dah terpelanting dan pengsan.

Cubaan Marcel kali kedua untuk buktikan Yuli kebal masih gagal bila sepakannya bertubi-tubi kena badan Yuli.

Hmm, jadi dekat sini terbukti Yuli tidaklah kebal seperti yang diperkatakan. Atauuuuu, mungkin dia hanya kebal dengan ahli kelab dia sahaja kot sebab ahli kelab dah dihipnotis dengan fakta si Yuli ni kebal. :3

Bak kata Marcel, fakta ni kena dishare supaya dapat kurangkan pembodohan di Indonesia. ;p

Raja Lepak

Read Previous

Paderi Dakwa Kentut Di Muka Dapat Sembuhkan Penyakit

Read Next

Kerja Cium Ketiak Je, Tapi Setahun Dah Boleh Jadi Jutawan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *