Senang Betul Hidup, Lelaki Ni Tak Buat Apa-Apa Pun Dapat Gaji Masyuk

Selalu kita dengar, siapa yang rajin bekerja pasti akan dapat ganjarannya iaitu gaji. Tapi korang tahu tak yang tak buat apa-apa pun sebenarnya boleh dapat duit.

Senang betul hidup.

Shoji Marimoto, 37 tahun yang dahulunya penulis dekat sebuah syarikat penerbitan di Jepun berhenti kerja lepas beliau baca buku ahli falsafah Jerman, Nietzsche yang berjaya ubah pandangannya dalam kehidupan.

Kredit: Oddisy Central

Beliau yang berkelulusan master fizik dari Universiti Osaka ni bagitahu dia lanjutkan pelajaran sebab dia tengok orang lain buat benda yang sama. Jadi tanpa fikir panjang dia ikut dan dalam hidup dia jarang ada inisiatif sendiri.

Bila je baca buku Nietzsche ni, dia rasa semangat untuk buat bisnes sendiri iaitu sewakan diri kepada sesiapa yang sunyi dan perlukan teman. Ini bukan teman noty noty ya, sekadar teman je contohnya teman makan dan teman bersosial.

Kredit: Shoji Morimoto
Kredit gambar: Shoji Morimoto

Kos bisnes dia ni memang tak tinggi sebab semuanya client yang bayar. Dan biasanya Shoji hanya kenakan bayaran dalam 10,000 yen je dan ada kadar tambahan kalau client nak masa tambahan.

Bijak kan? 

Pernah satu masa, Shoji ni disewa sebab client dia nak sembang pasal hobi dia berhoki je. Jadi Shoji ni akan tadah telinga dan dengar tanpa judge client dia.

Mungkin dekat Malaysia korang boleh start dulu ke pinjam idea Shoji ni.

Raja Lepak

Read Previous

Jepun Cipta Burger Dari Najis Manusia, Mitos Ke Fakta?

Read Next

Kancil Lejen Penang ‘Turun’ Bukit Bintang, Siapa Ownernya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *