Suka Modified Ekzos? Siap Sedialah Nak Kena Penjara 6 Bulan

Ada setengah orang, dia suka gila bila ekzos dia bunyi kuat. Lepas tu sengaja di ram-ramnya macam nak suruh satu kawasan jiran tahu yang dia modified ekzos bagi power.

Kredit: Mursyid Mulyadi

Macam yang jadi last week bila ada berita seorang lelaki ni tembak satu kereta Myvi dengan pistol angin sebab bengang jiran dia tu suka sangat test power ekzos kereta dia tu sampai ganggu jiran-jiran yang ada.

Mungkin juga disebabkan PKP, ramai yang ada banyak masa terluang gunakan peluang ni untuk modified motor atau kereta dorang sendiri.

Kredit: Cyberspace

Tapi korang tahu tak, yang perbuatan modified ekzos sampai ganggu ketenteraman awam ni boleh kena denda sampai RM2,000 dan dipenjarakan sampai 6 bulan?

Haa, kalau korang ada jiran yang rajin modified ekzos dia tu, lepas tu selalu buat bising dekat kawasan kejiranan dah bolehlah buat report dekat polis.

Bawah kaedah 103 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan Dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959) ada tetapkan supaya ekzos dengan penyenyap yang ada dekat kenderaan bermotor kena diselenggara setiap masa supaya dalam keadaan baik – termasuklah tidak diubah suai sampai sebabkan bunyi bising.

Silap-silap kenderaan korang tu kena sita beb.

Yang suka modified ekzos tu, baiklah korang segera bertobat. Kalau tak, jail panggil bossss.

Raja Lepak

Read Previous

Bangga Dengan Ciptaannya, Pencipta Botol Buat Wasiat Minta Dikuburkan Dalam Salah Satu Bekas Pringles

Read Next

Panas Tapi Tak Nak Bil Tinggi Sebab Guna Aircond? Jom Ikut Tips Dari TNB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *