Korang pernah dengar kan pasal babi air? Yang trend rendam koolfever dalam air sampailah dia jadi kembang semangkuk tu…
Trend ni dah semakin merebak dalam kalangan netizen Malaysia sampaikan ada YouTuber yang sanggup membazir 1,000 koolfever semata-mata nak buat konten pasal babi air ni.
Ye korang, demi konten, challenge & views.
Kalau korang tengok video tu dari awal sampai akhir, korang akan lihat satu pembaziran yang bukan biasa-biasa yerrr. Tapi dorang macam tak kisah pun pasal tu & selamba je bazirkan koolfever yang bukan murah harganya tu.
Cuba korang bayangkan, untuk 8pcs koolfever harga dia dalam anggaran RM15, maknanya boleh kira 1pcs jatuh harga dalam RM1.875. Bila x 1000pcs = RM1,875!
Sedangkan sebelum video tu diupload viral kisah yang ibu sanggup mencuri koolfever untuk anak dia yang sakit demam tau.
Dekat situ boleh nampak yang mereka ni tak sensitif, tambah pulak dalam keadaan ekonomi yang tengah gawat ni. Secara terangan tunjukkan yang mereka membazir masa orang lain tengah struggle tak ada kerja & income.
Yang tambah menggelikan, dekat akhir-akhir video tu jugak dorang buat show makan babi air tadi. Wut??
Punyalah netizen marah sampaikan yang dislike video tu lebih banyak daripada yang like. Walaupun YouTuber tu dah minta maaf, tapi setakat ni video tu masih lagi ada dekat YouTube dan view nya dah cecah 471,000.
Korang tengok & nilai sendirilah video ni. CT tak tahu nak cakap apa lagi. Cuma CT harap moga semua YouTuber lebih sensitif la di masa akan datang dengan konten yang dorang upload in future.