Dah Dengar Belum Lagu PKP 2.0? Kompem Terhibur Beb!

Kalau tahun 2020 ada remix ‘Ke Sana Ke Sini’ yang dibuat sempena untuk menghiburkan rakyat Malaysia yang terpaksa duduk di rumah sebab PKP, untuk tahun 2021 ada pulak lagu baru yang diberi tajuk PKP 2.0.

Walaupun PKP dijangka tamat dalam beberapa hari lagi, netizen masih tak dapat move on dengan lagu PKP 2.0 yang dihasilkan oleh AG Coco ni. 

Walaupun dari genre rock, AG Coco nampak tak kekok bawak genre nasyid untuk lagu PKP 2.0 ni.

Kalau tengok komen netizen memang masing-masing suka dan terhibur dengannya. Jadi tak ada lah stress sangat kan duduk dekat rumah. Boleh play lagu ni dekat speaker kuat-kuat dan repeatlah sampai Bang Jamil mamps.

Tambah pulak lirik lagu PKP 2.0 ni memang layan habis la bila dengar. Catchy dan kelakar. Sebab semua netizen boleh relate dengannya.

Kalau korang nak hafal lagu PKP 2.0 ni, CT sediakan lirik dekat bawah. Mudahlah kerja korang nanti. ;p

“Dimulakan dengan dua minggu
Disudahi dengan berminggu-minggu
Begitulah kita semua dok membilang
Mudah-mudahan COVID-19 hilang.

Dimulakan dengan dua minggu
Disudahi dengan berminggu-minggu
Begitulah berbulan PKP PKP
PK PK lah sampai tak boleh pikiaq.

Mula mula (RATUS)
Lepas tu? (4 RIBU)
Hari tu dah 0 tapi tak lama
Kuarantin 2 minggu pun tak mau dengaq cakap

Sama sama pakat takmau dengaq cakap
Begitulah berbulan PKP PKP
PK PK lah sampai tak bleh pikiaq.

PKPB PKPD PKPP
Ramai ramai jagalah SOP
Jangan jadi 2020 lagi
Tahun ini jangan jadi lagi.”

Lirik: AG Coco

Raja Lepak

Read Previous

Respon Bapak Bila Anak Tiba-Tiba Ajak Main Layang-Layang Pukul 3pg Bikin Dekah

Read Next

YouTuber Teruk Kena Kecam Lepas Membazir 1000 Cool Fever Untuk Buat Konten Babi Air

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *