Respon Bapak Bila Anak Tiba-Tiba Ajak Main Layang-Layang Pukul 3pg Bikin Dekah

Kita sebagai mak ayah selagi mampu memang akan berusaha tunaikan permintaan anak-anak supaya dorang gembira. Tapi itulah, telatah budak-budak kadang tu memang tak boleh dijangka.

Macam yang viral baru-baru ni. Seorang ayah garu kepala bila anak yang tak boleh tidur bangunkan dia & tiba-tiba je ajak main layang-layang.

Kalau waktu siang mungkinlah tak pening, ni tengah pagi buta. Jenuhlah nak tunaikan.

Nasib baiklah jugak otak si ayah ni kreatif, maka tertunailah permintaan anak nak main laying-layang jam 3 pagi tu.

Korang tahu tak apa ayah dia buat? Ayah dia guna kipas sebagai ganti angin weh! 

Memang ligat jugak cara si ayah berfikir. Kalau CT la kena kejut tengah pepagi buta tu memang blur tak tahu nak buat apa. 

Tapi si ayah ni berpuas hati sebab dapat lihat senyuman anak dia yang gembira. Malah netizen pun terhibur dengan gelagat si anak yang sangat random tu.

Kalau korang pergi FB si ayah, Asy Syakirin memang banyak momen-momen anaknya yang dipanggil Bambam tu. Nak nak pulak masa PKP, panjanglah akalnya bila duduk rumah.

Apa-apa pun salute dekat si ayah yang cuba berusaha bagi yang terbaik untuk anak. 

Kredit gambar: Asy Syakirin

Raja.Lepak

Read Previous

Sebab Lukis Emoji Senyum, Barista Starbucks Disaman RM60k

Read Next

Dah Dengar Belum Lagu PKP 2.0? Kompem Terhibur Beb!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *