Buat U-turn Secara Bahaya, Doktor ‘Mohon Maaf’ Lepas Video Maki Pemandu Lain Viral

Tak semua orang boleh memandu dengan berhemah dekat jalan raya. Ada juga yang pentingkan diri sampai boleh menyebabkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.

Contohnya yang tengah kecoh dekat sosial media sekarang yang mana satu rakaman video jadi viral bila ada seorang pengguna jalan raya dimaki seorang doktor yang telah buat u-turn secara berbahaya di satu simpang di Hospital Serdang.

Kalau korang tengok rakaman dashboard tu, korang boleh nampak yang doktor tu secara melulu buat u-turn sampai makan jalan orang lain. Bila dihon dia berang dan pada hentian traffic light seterusnya, memang habis dimakinya pemandu lain tu.

Dan yang buat lagi netizen marah bila beliau tidak sensitif bila boleh pula mendoakan yang pemandu tu terkena COVID-19. 

Memang tak patut! Ada ke doakan kecelakaan dekat orang lain. 

Dalam update terbaru, katanya doktor tu dah pun tampil ‘minta maaf’ di Instagram. Tapi permohonan maafnya netizen sifatkan sebagai tak ikhlas sebab nampak macam dia tak mengaku yang dia bersalah.

Kredit: MStar

Menurut si empunya diri yang dimaki tu, dia cuma hon sebab dia nampak doktor berkenaan buat u-turn sampai makan jalan orang lain. Dan pulak lepas tu doktor tu buat provok dengan cara cucuk kereta beliau.

Apa-apa pun kita tunggu jelah macam mana kes ni berakhir sebab Hospital Serdang dah keluarkan kenyataan yang beliau bukan kakitangan mereka mahu pun KKM.

Tapi UPM dah tampil suarakan kekesalan mereka atas tindakan beliau.

Hmm, moga ini jadi pengajaran buat semua. Atas jalan raya, amalkan sikap toleransi. Elakkan sikap seperti gangster okeyy? 

Stay cool and stay safe!

Raja Lepak

Read Previous

YouTuber Teruk Kena Kecam Lepas Membazir 1000 Cool Fever Untuk Buat Konten Babi Air

Read Next

Faradyable Buat Hal Lagi, Kali Ini Alih Suara Jemimah Challenge Pulak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *