First time Abang Bob tengok #LathiChallenge nie kat sosial media, yaampun, rasa nak tercabut jantung! Mana tidaknyer, tengah layan video wanita bersolek cantik-cantik, sekali vasss! Bertukar jadi wajah menyeramkan secara tiba-tiba. Paling terkejut tue siap dengan emosi dan latar muzik yang menyeramkan. Nasib baik tak ada sakit jantung. Tapi best sebenarnya nak-nak kalau korang individu yang cintakan seni tarian. Korang tahu ke maksud Lathi Challenge tu?
Maksud Lathi Challenge:
Menggunakan lagu tema dari Weird Genius yang berduet dengan penyanyi Sara Fajira berjudul Lathi, lagu yang menggabungan elemen muzik elektronik dan traditional ini semakin mendapat tempat termasuk di Malaysia. Menariknya lagi dalam video muzik Lathi, pelbagai seni tradisional dan juga mistik turut diterapkan bersama.
Difahamkan, lagu di dalam versi bahasa Inggeris ini mengisahkan mengenai hubungan cinta yang penuh dengan penipuan dan juga ego. Turut diselitikan bersama dalam lagu ini adalah beberapa perkataan asli Jawa seperti “Kowe ra iso mlayu saka kesalahan. Ajining diri ana ing lathi” yang bermaksud keyakinan diri sendiri terletaknya pada lidah (perkataan yang dikeluarkan).
Kat sini Abang Bob kongsikan 5 #LathiChallenge yang cukup menyeramkan termasuk seorang pelakon dari Malaysia, iaitu Mawar Rashid. Korang teka laa Mawar yang mana satu. Enjoy!
Menarikkan? Boleh buat mengigau masa tidur. Hahaha! Kalau korang ada bakat boleh laa try buat nanti. Pastu kongsikan dengan Abang Bob ok.
Baca artikel ini:
Kenapa Orang Korea Cukup Suka Makan Jeruk? Ini Kebaikan Perlu Korang Tahu
Rasa Apa Ek? 8 Perisa Ubat Gigi Pelik Di Dunia