MR D.I.Y. Perkenalkan MR.DIY Club – Program Kesetiaan Dengan Ganjaran Untuk Seisi Keluarga

MR D.I.Y. Malaysia hari ini memperkenalkan MR.DIY Club iaitu program kesetiaan pertama syarikat yang direka untuk menghargai pelanggan setia menerusi pelbagai ganjaran bagi setiap pembelian harian. Program ini ditawarkan secara percuma kepada semua pelanggan, membolehkan mereka mengumpul mata ganjaran, menikmati baucar tunai, ganjaran hari lahir serta akses kepada pelbagai aktiviti dan acara eksklusif yang dianjurkan oleh MR D.I.Y.



Program yang boleh disertai secara percuma ini membolehkan ahli mengumpul satu mata ganjaran bagi setiap RM1 yang dibelanjakan. Mata terkumpul kemudiannya boleh ditebus kepada baucar tunai untuk digunakan pada pembelian akan datang. Selain itu, ahli baharu turut menerima ganjaran alu-aluan sebanyak 400 mata serta menikmati lima kali ganda mata ganjaran sepanjang bulan kelahiran mereka.

Salah satu ciri menarik yang diperkenalkan ialah Akaun Keluarga, yang membolehkan sehingga lima ahli keluarga yang menghubungkan akaun mereka dan menggabungkan mata ganjaran di bawah satu akaun. Ini akan memudahkan proses mengumpul mata dan menebus ganjaran dengan lebih pantas.



Bersempena pelancaran ini, MR D.I.Y. turut mengadakan siri jelajah MR.DIY Club di Mid Valley Megamall dan MyTOWN Shopping Centre sehingga 26 Julai 2026. Pengunjung yang memuat turun aplikasi MR.DIY Club dan mendaftar sepanjang tempoh jelajah berpeluang menyertai pelbagai aktiviti serta memutar roda ganjaran untuk memenangi barangan eksklusif seperti payung, tuala dan tali pemegang telefon.



Aplikasi MR.DIY Club kini tersedia untuk dimuat turun di App Store dan Google Play, manakala maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman web serta platform media sosial rasmi MR D.I.Y. Malaysia.

Raja Lepak

Read Previous

Domino’s Malaysia Hadir Dengan Paf Piza – Saiz Individu Bermula RM9.90

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *