Domino’s Malaysia Hadir Dengan Paf Piza – Saiz Individu Bermula RM9.90

Domino’s Pizza Malaysia telah memperkenalkan satu lagi menu baharu yang sesuai untuk mereka yang mencari hidangan yang mesra poket dan boleh dinikmati secara berseorangan iaitu Paf Piza. Domino’s memfokuskan kepada bentuk yang lebih kompak dan mudah untuk dinikmati ketika anda dalam kumpulan skala kecil.  

Domino’s menawarkan Paf Piza dalam tiga pilihan perisa yang memenuhi cita rasa berbeza iaitu Loaded Beef, Loaded Chicken dan Loaded Cheese



Tidak seperti piza biasa, Paf Pizamenggunakan doh rangup berlapis yang dilipat menjadi bentuk separuh bulatan. Rekaan ini membantu mengekalkan inti serta kehangatan setiap gigitan, sekali gus menjadikannya lebih mudah dibawa dan dimakan ketika bergerak.

Setiap Paf Piza dijual pada harga RM9.90, menjadikannya antara pilihan baharu yang menarik bagi mereka yang mahukan hidangan ringkas tetapi mengenyangkan.

Menu ini ditawarkan untuk tempoh terhad di semua cawangan Domino’s Pizza Malaysia. Selain menikmati di restoran, pelanggan juga boleh membuat pembelian secara bawa pulang atau membuat pesanan penghantaran melalui laman web dan aplikasi Domino’s.

Raja Lepak

Read Previous

Amazfit Memperkenalkan Balance 3 dan Balance Ultra Dengan Ekosistem Hybrid Training Yang Lebih Pintar

Read Next

MR D.I.Y. Perkenalkan MR.DIY Club – Program Kesetiaan Dengan Ganjaran Untuk Seisi Keluarga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *