Ultraman The Ultra Tour telah dilancarkan secara rasmi di Sunway Pyramid pada 27 Februari lalu. Majlis ini merupakan hasil kerjasama antara Tsuburaya Fields Entertainment International Pte. Ltd. (TFIE), One Universal Production Sdn. Bhd (OUP), dan Sunway Malls, yang bukan sahaja mengangkat legasi Ultraman di Malaysia tetapi juga mengukuhkan hubungan budaya serta hiburan antara Malaysia dan Jepun.
Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Dato’ Kamil Othman, dengan kehadiran Kedutaan Jepun dan agensi-agensi kerajaan. Dalam ucapannya, beliau menekankan tentang kepentingan kolaborasi ini dalam memperluaskan jangkauan kandungan kreatif secara global.
Peminat dari pelbagai generasi berkumpul untuk meraikan wira ikonik ini sehingga majlis tersebut telah menerima pengiktirafan rasmi oleh ASEAN Records kepada OUP selepas berjaya menghimpunkan 270 peminat berpakaian bertemakan Ultraman dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran istimewa Yuki Totsuka, pelakon Jepun yang membawakan watak Yuma Hize/Ultraman Arc.
Ultra Tour ini akan merentasi tujuh pusah membeli-belah Sunway dengan menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti sesi ramah bersama Ultra Heroes, Inflatable Playland bertemakan Ultraman dan banyak lagi.
Selepas Sunway Pyramid, jelajah akan diteruskan ke lokasi berikut:
- Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur
- Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya, Pulau Pinang
- Sunway 163 Retail Mall, Mont Kiara, Kuala Lumpur
- Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur
- Sunway Big Box Retail Park, Iskandar Puteri, Johor
- Sunway Kluang Mall, Kluang, Johor
Majlis pelancaran ini juga turut diserikan dengan semangat Ramadan melalui inisiatif kebajikan. Dua rumah kebajikan, Pertubuhan Kebajikan Rumah Pengasih Warga Prihatin dan Persatuan Kebajikan Pusat Jagaan Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras telah menerima sumbangan bagi membantu persiapan dan dapat menyambut Ramadan dengan lebih bermakna.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada Ultra Tour ini! Untuk maklumat lanjut, ikuti Facebook & Instagram rasmi Sunway Malaysia.