K-Tech Patch, Teknologi Berinovasi Malaysia Dapat Kurangkan Pelepasan Karbon & Jimat Minyak

Usaha bagi mengurangkan pencemaran udara ini memerlukan kerjasama ramai pihak dan didatangkan dengan pelbagai cara dan inisiatif. Buat pengetahuan ramai, Qiang Long Sdn Bhd, pengeluar teknologi berinovasi daripada Malaysia juga turut bersama-sama dalam usaha ini dengan melancarkan teknologi jimat minyak terbaru iaitu K-Tech Patch. 

Teknologi ini dapat memperkukuh peranan Malaysia bagi menerajui kejuruteraan automatif serta impian untuk merealisasikan teknologi cekap tenaga. Justeru, terdapat juga pelan untuk tembusi pasaran udara tercemar di peringkat global – negara Bangladesh, India, China dan Asia Tenggara pada tahun 2025 – 2026.

Menurut YBHG Encik Eric Chiwe, Presiden Qiang Long pada majlis pelancaran baru-baru ini menyatakan “Qiang Long mengalu-alukan peluang untuk mengetengahkan K-tech Patch ke luar negara agar ianya dapat menjana penerokaan pasaran baru, kerjasama serantau, serta peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan,”. 

Teknologi K-Tech Patch ini dihasilkan berasaskan teknologi terkemuka dunia yang dipatenkan di Malaysia, iaitu teknologi Nano-Terahertz dan melalui penyelidikan lebih sedekad berjaya merumuskan teknologi cekap minyak yang menawarkan manfaat kepada alam sekitar dan penjimatan untuk pengguna. Ia berjaya mengurangkan kadar pelepasan karbon sehingga 40% dan mengurangkan penggunaan minyak sebanyak 15% di mana ia mampu meningkatkan kecekapan enjin kenderaan, menurunkan kos, dan memberi manfaat jangka panjang kepada alam sekitar. Ini memberikan kelebihan kompetitif dalam sektor automotif tempatan yang berkembang pesat, di mana kelestarian dan kecekapan menjadi penanda aras bagi pengguna untuk membuat pilihan. 

Pada masa yang sama, teknologi ini juga menyahut saranan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) bagi pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050. Dengan itu, K-Tech Patch ini adalah penyelesaian berimpak tinggi dengan kos rendah bagi pengguna dan pasaran di mana ia terbukti dalam penjimatan minyak dan pengurangan kos hidup serta operasi harian. 

K-Tech Patch ini telah mendapat pengiktirafan daripada Kesatuan Jaminan Teknikal Eropah (TÜV NORD), SIRIM serta Agensi Nuklear Malaysia di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Pentauliahan ini memberi jaminan kualiti, keselamatan dan keberkesanan dalam sektor automotif. 

Orang ramai boleh mendapatkan produk K-Tech Patch ini bermula Mac 2025 dan berikut adalah senarai harga berdasarkan spesifikasi produk: 

SpesifikasiHarga RuncitHarga Promosi  Terhad
K-Tech Patch bawah 2,000 CC (kapasiti enjin kenderaan) – Kecil  (Waranti 5 tahun )RM498RM398
K-Tech Patch atas 2,000 CC (kapasiti enjin kenderaan) – Besar  (Waranti 5 tahun)RM623RM498
K-Tech Patch  bawah 500 CC (kapasiti enjin kenderaan) – XS (Waranti 5 tahun)RM249RM149

*Servis tambahan disediakan Qiang Long: Upah tampalan PERCUMA melalui panel rasmi dan mesti digunakan dalam tempoh 14 hari selepas tarikh pembelian (Tampalan hanya memerlukan masa 20 minit). Selain itu, Qiang Long juga mengalu-alukan kerjasama pendegar, stokis automotif tempatan di samping pempengaruh sektor e-dagang di seluruh negara. Pendaftaran kini dibuka dan percuma bagi 500 orang pertama. Maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi https://qianglongtech.com/about-k-tech-1 atau hubungi di talian WhatsApp +6016-2648 7709.

Raja Lepak

Read Previous

Pengesanan Awal Kanser & Kemajuan Terkini, Memberikan Harapan Baharu Kepada Lelaki di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *