Anothersole Berlabuh Malaysia!

Seibu di The Exchange TRX mengalu-alukan kehadiran jenama mewah dari Singapura, Anothersole, ke landskap barangan mewah Malaysia!

Anothersole merupakan perintis global bagi barisan produk yang klasik, canggih dan bermutu tinggi. Produk-produk dibawah jenama ini sudah menjadi keperluan harian bagi warga profesional yang moden dan arif, yang sentiasa mengharungi kesibukan kota. Ini jelas terbukti dengan kehadirannya dalam talian di 50 negara serta jualan kasutnya yang melebihi 200,000 pasang sejak ditubuhkan pada 2016.

Jenama itu berazam menjadi peruncit kasut dan beg bagi warga profesional Malaysia yang mengamalkan gaya hidup sibuk, sambil memenuhi keperluan mereka terhadap kualiti dan reka bentuk. Contohnya, produk signatur mereka — termasuk kasut kulit ‘flat’ bertali Anytime dan Beg Mini ANEW — tersedia dalam pelbagai gaya dan warna sebagai gandingan sempurna dengan mana-mana busana atau majlis. 

Jadi, tiada lokasi yang lebih ideal daripada Seibu di The Exchange TRX untuk pelancarannya, kerana ia serasi dengan nilai dan estetika jenama itu.

Satu lagi yang ciri keunikan Anothersole terletak pada dedikasi jenama untuk menyatukan gaya dengan kelestarian. Fokus mereka untuk menjadi jenama gaya hidup yang bertanggungjawab dari segi sosial dicerminkan dalam segala aspek syarikat. Contohnya, rangkaian produk mereka menggunakan kulit diperoleh daripada kilang kulit yang diiktiraf dan bertanggungjawab, serta polietilena tetrafit (rPET) yang dikitar dan digunakan semula. Selain itu, alas kasutnya yang ergonomik, mesra bumi, dan baru dipertingkatkan turut menggunakan etilena vinil asetat (EVA) yang berasaskan bio.

Bagaimanapun, usaha jenama itu melangkaui aspek inovasi produk. Sebagai sebahagian daripada komitmen jenama untuk “Make Good, Do Good”, ia turut terlibat dalam pelbagai inisiatif sosial. Contohnya, program #Buy1Feed1 mereka akan menyalurkan 10% daripada keuntungan kepada pertubuhan-pertubuhan amal kanak-kanak yang dipilih secara teliti di seluruh dunia. Sebelum ini, ia juga menjalinkan kerjasama dengan World Vision di Vietnam, Kemboja dan Bangladesh bagi menaja program-program yang direka untuk memutuskan kitaran kemiskinan dengan menyokong keperluan nutrisi dan pendidikan kanak-kanak.

Anothersole bertekad menjadi jenama gaya hidup mewah pilihan Malaysia dan bakal melancarkan keluaran baharu dalam masa terdekat. Selain itu, jenama itu juga menganjurkan promosi ulang tahunnya, dengan tawaran BOGO (DISKAUN 40% untuk Item Kedua) mulai sekarang hingga 31 Disember 2023. 

Raja Lepak

Read Previous

Antibodi Boleh Menyerang Tubuh Kita Sendiri?

Read Next

Era Baharu Gaya + Komuniti New Balance Di The Exchange TRX

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *