Raikan kesihatan dengan Energizer Re-Energize 100% Fitfest!

Kesihatan dan kecergasan adalah anugerah paling berharga dalam hidup. Tapi untuk mengekalkannya bukan mudah. Dalam kesibukan kerja seharian, kita perlu bijak memilih dan melakukan aktiviti yang memberi manfaat kepada kesihatan serta kecergasan diri.

Realitinya, kekal sihat dan cergas adalah satu pilihan. Anda perlu memilih untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengamalkan konsep kecergasan menyeluruh merangkumi aspek fizikal, rohani, emosi, intelektual serta sosial.

Dengan kesedaran terhadap aktiviti fizikal membantu meningkatkan kesihatan dan kecergasan diri yang semakin meningkat dikalangan masyarakat, Energizer Malaysia bakal menganjurkan Re-Energize 100% Fitfest! Pesta kecergasan yang penuh dengan sesi-sesi fizikal dan aktiviti-aktiviti yang merangsang adrenalin ini bermula dari 27 Oktober 2023 sehingga 29 Oktober 2023, 10 pagi ke 10 malam di Desa ParkCity Carpark 3, berdekatan Plaza Arkadia.

Tidak kira jika anda adalah penggemar tegar kecergasan atau baru memulakan perjalanan ke gaya hidup yang lebih sihat, pesta kecergasan Re-Energize 100% Fitfest ini sesuai untuk semua. Antara aktivi yang bakal dijalankan termasuk tarian, HIIT, kombat, latihan kekuatan dan kardio.

Diketuai oleh pengajar-pengajar dari Fitness First, CHI Fitness, dan Celebrity Fitness, para peserta boleh bersenam dengan lebih dari 70 pengajar sepanjang 3 hari acara ini berlangsung. Selain dari pengajar-pengajar dari pusat kecergasan terkenal, Energizer juga telah berganding bahu dengan selebriti kecergasan terkenal seperti Jordan Yeoh, Maggy Wang, dan Joey Tng yang akan menjalankan kelas kecergasan mereka tersendiri.

Selain dari kelas-kelas yang dianjurkan, pengunjung juga dapat mengambil bahagian dalam cabaran pantas termasuk Energizer’s Speed Climbing Wall. Para pengunjung juga akan pulang dengan beg cenderahati bernilai  sehingga RM120 dari NIVEA, Eucerin, F&N Ice Mountain, Berocca, 100PLUS, Urban Retreat Spa, Pressio dan banyak lagi. Pengunjung juga boleh melawati food truck untuk menikmati hidangan-hidangan dari Kee Nguyen, Nacholah, Kinori, The Bao Guys dan banyak lagi food truck lain.

“Kami amat teruja untuk menganjurkan pesta kecergasan ini untuk pengguna kami dan memberi mereka peluang untuk melibatkan diri dalam pelbagai latihan yang diketuai oleh jurulatih kecergasan terkemuka. Sebagai jenama yang dipercayai yang menawarkan produk dengan bateri tahan lama, kami ingin mencipta acara yang sinonim dengan jenama kami – bertenaga, menawarkan daya tahan dan kuasa yang berkekalan,” kata Diane Lee, Pengarah Perniagaan, Malaysia & Singapura, Energizer Holdings Inc.

Untuk menyertai acara ini, para pengguna mesti membeli sekurang-kurangnya RM30 produk Energizer dalam satu resit dan pendaftaran dibuka untuk rakyat Malaysia 13 tahun dan ke atas. Setiap resit membenarkan pengguna masuk selama satu (1) hari sahaja. Para pengguna dikehendaki menyimpan resit asal sebagai bukti. Untuk mendaftar, ikuti langkah-langkah mudah di bawah untuk menempah tempat anda dan mencari pengalaman kecergasan anda tersendiri:

Langkah 1

Imbas kod QR atau pautan Facebook ini untuk mendaftar. 

Langkah 2

Buat akaun baharu anda dengan memberikan nama, alamat e-mel, nombor telefon dan kata laluan anda. Terma dan Syarat acara mesti dibaca dan diakui untuk melengkapkan pendaftaran.

Langkah 3

Sebaik sahaja anda berjaya mendaftar, anda akan menerima e-mel pengesahan dengan kod QR unik anda untuk memasuki acara dan mengakses tempahan kelas anda.

Langkah 4

Dengan setiap pembelian RM30 dalam satu resit, anda boleh menempah kelas anda untuk SATU HARI SAHAJA dari tarikh 27 Oktober sehingga 29 Oktober. Semak jadual kelas acara dan pilih kelas dan slot masa pilihan untuk tempahan. Anda juga akan dapat mengakses senarai penuh kelas yang ditempah pada halaman profil anda.

Langkah 5

Bawa resit asal anda, hadiri kelas pilihan anda dan nikmati acara ini! Imbas kod QR unik anda di pintu masuk acara dan di pintu masuk kelas untuk mendapatkan akses.

Pengguna yang singgah ke Re-Energize 100 Fitfest Energizer juga boleh mendapat sesi cucian kereta percuma di bahagian Cucian Kereta Armor All.Jangan lepaskan peluang untuk berhubung dengan individu lain yang mempunyai minat yang sama dan mempelajari trend kecergasan baharu. Lawati halaman acara Facebook Energizer untuk maklumat lanjut

Raja Lepak

Read Previous

Bila Rasa Jepun Bertemu Slanga Malaysia

Read Next

Siri Akhir Drama Supernatural Korea ‘Moving’ Mencapai Rekod Penonton Paling Tinggi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *