Pernah tak korang pergi tempat tumpuan pelancong di Kuala Lumpur macam Masjid Jamek dan KLCC yang mana kemudiannya didatangi kanak-kanak Rohingya yang menjual buku surah Yassin dengan harga tak munasabah?
Selain daripada itu, ada juga scam parking terutamanya di kawasan Bukit Bintang. Kawasan parking public, tapi ada sindiket atau orang persendirian yang mengambil kesempatan dengan meletakkan caj parking setinggi RM20!
Terbaru, pelancong dari Indonesia mendedahkan bahawa di KLCC juga wujud sindiket yang kononnya menawarkan servis mengambil gambar dengan latar belakang KLCC. Pada awalnya, pelancong akan fikir bantuan yang ditawarkan itu percuma.
Tetapi nyatanya selepas habis bergambar, mereka ini akan meminta bayaran sekitar RM5 – RM10. Fikirnya sekali bergambar RM10, rupa-rupanya satu gambar yang diambil bernilai RM10!
Di ruangan komen, ramai yang mendedahkan bahawa servis ini sebenarnya bukan ditawarkan oleh orang Malaysia.
Hmm, kalau ini berlaku maknanya ia dah mencemarkan nama Malaysia kan? Harap cepatlah pihak berkuasa memantau keadaan di sana supaya pelancong boleh menikmati pemandangan KLCC dengan selesa.
Tak cakap orang luar, kita yang nak duduk KL lepak KLCC pun rasa tak selesa.
TikTok: muhammadecco