Selain daripada kesalahan melanggar lampu isyarat, ada beberapa kesalahan ‘kecil’ lain yang sering pengguna jalan raya abaikan. Tapi yang kecil ini jugalah membawa risiko besar kepada pengguna jalan raya yang lain.
Contohnya menggunakan telefon dan tidak memakai tali pinggang keledar semasa memandu.
Tampil dengan solusi dalam usaha untuk mengurangkan kesalahan trafik, kesesakan dan kemalangan jalan raya, lampu isyarat di beberapa tempat di Sarawak kini dilengkapkan dengan CCTV dengan kecerdasan buatan (AI).
Apa yang CCTV ni boleh buat?
Bukan sekadar kesalahan memandu laju, tidak mematuhi lampu isyarat tetapi juga kesalahan lain seperti tidak memakai tali pinggang dan menggunakan telefon!
Fuh, memang power CCTV ni. Dalam kereta pun boleh dia tembus! Jadi hampir mustahil untuk korang lari dari pengecaman.
Buat masa sekarang, CCTV ini dipasang di lampu isyarat Jalan Merbau dan Jalan Pujut-Miri. Tempoh ujian akan berlangsung selama 6 bulan dan keputusannya akan dibentangkan kepada Kementerian Pengangkutan untuk menentukan langkah seterusnya.
Yang tak patuhi peraturan jalan raya tu, siap-siaplah menanti surat saman sampai.
P/s: Elok juga letak dekat emergency lane highway. ;p