Tinggal Dunia Glamor, Kpop Idol Bahagia Jadi Pemotong Rumput

Di saat lambakan manusia beratur untuk menjadi idol, seorang Kpop Idol memilih jalan sebaliknya. Keluar daripada dunia glamor dan memilih untuk menjalani kehidupan biasa.

Selepas mengumumkan akan keluar daripada kumpulan Teen Top Mei lalu, C.A.P atau nama sebenarnya Bang Min Soo mendedahkan yang beliau kini bekerja sambilan sebagai tukang mesin rumput dan buat pertama kalinya mempromosikan servis tersebut di laman Instagramnya.

Biarpun pendapatan sekarang jauh berbeza dengan pendapatan semasa bergelar idol, Min Soo mengakui yang hidupnya kini lebih bahagia jika dibandingkan dirinya dahulu yang selalu merasa kosong sehingga mengalami depresi.

Mampu menjana sehingga $50 (±RM233) dalam masa sehari di mana pelanggan boleh menempah servisnya menerusi satu aplikasi dengan jarak s, Min Soo juga mendedahkan wang ringgit bukan lagi keutamaannya kini.

Betullah kan, duit banyak hati tak senang pun tak boleh juga.

Raja Lepak

Read Previous

8 Tahun Dilapor Hilang, Rupanya Remaja Ada Di Rumah Ibu Sendiri

Read Next

Nak Beli Tiket Konsert, Jangan Sampai Tertipu. Wanita Kongsi Taktik Scam Di Media Sosial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *