8 Tahun Dilapor Hilang, Rupanya Remaja Ada Di Rumah Ibu Sendiri

Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang 8 tahun lalu, rupa-rupanya telah pulang ke rumah sehari selepas laporan polis dibuat. Selama 8 tahun, lokasi keberadaan remaja yang giat dikenal pasti pihak polis itu rupanya di rumahnya sendiri.

Semasa dilaporkan hilang, Farias berusia 17 tahun didakwa tidak pulang ke rumah selepas keluar membawa dua ekor anjingnya bersiar-siar di kawasan barat laut Houston.  

Minggu lalu, Farias ditemui tidur di hadapan sebuah gereja di Houston timur oleh polis Houston selepas dilaporkan hilang pada 6 Mac 2015. Hasil siasatan mendapati rupanya Farias telah pulang ke rumahnya pada keesokan harinya iaitu 8 Mac 2015.

Namun, ibu Farias tetap bertegas bahawa anaknya masih hilang walaupun pegawai Houston berkali-kali berinteraksi untuk melakukan siasatan. Farias dan ibunya memberikan maklumat palsu seperti nama, tarikh lahir dan beberapa butiran diri lain. 

Malah semasa orang lain memaklumkan ternampak Farias, ibunya menafikan bahawa individu yang mereka lihat itu adalah anak saudaranya. Bukan itu sahaja, Farias juga turut sama memberikan maklumat diri palsu semasa ditanya pihak polis.

Polis pun sebenarnya sudah ragu dengan laporan kehilangan Farias. Bertahun-tahun mengejar bukti dan petunjuk, mereka sedang dalam usaha mengumpul bukti bahawa remaja tersebut sebenarnya tidak hilang.

Kes masih dalam siasatan. Tetapi yang pasti, memberikan maklumat palsu kepada pegawai apabila ditahan, disiasat merupakan pelanggaran undang-undang. 

Raja Lepak

Read Previous

Terkurung Dalam Lif Bersama Mayat, Lihat Apa Yang Wanita Ini Lakukan

Read Next

Tinggal Dunia Glamor, Kpop Idol Bahagia Jadi Pemotong Rumput

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *