Tiba-Tiba Jadi Misteri, Kanak-kanak Pandu Kereta Di Langkawi Dakwa Ia Dipandu ‘Tok Wan’

Baru-baru ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kes seorang kanak-kanak 6 tahun memandu sendiri kereta bersama adiknya yang berusia 3 tahun. Menurut laporan Utusan, si abang dikatakan memandu kereta dengan meletakkan kerusi kecil di atas kerusi pemandu, manakala si adik pula menekan pedal kereta.

Tapi lain pula jadinya bila satu audio WhatsApp yang viral tiba-tiba kanak-kanak lelaki tersebut mendakwa ada individu yang dikenali sebagai Tok Wan memandu kereta tersebut.

“Bukan abang bawa, pak lang bawa, pakcik bawa.”

“Ramailah dalam kereta tadi? Siapa yang bawa kereta? Pak cik ke tok wan?”

“Pak cik dengan tok wan.”

Bila ditanya bagaimana rupa fizikal Tok Wan, jawapan yang diberikan ialah ‘berbadan panas’ dan ‘berbulu’. Malah dalam mesej yang tersebar itu juga ada mendakwa kanak-kanak berkenaan duduk di atas seorang pak cik tua yang membawa kenderaan tersebut.

Alamak, tetiba jadi misteri pula. Tok Wan mana pulak ni???

Tapi dalam satu update terkini, Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, menolak sebarang unsur mistik dalam kes berkenaan. Beliau berkata berdasarkan keterangan yang diberikan kanak-kanak tersebut, memang dia tahu cara memandu kereta dan turut tahu fungsi serta kedudukan gear.

Malah ada keyakinan dengan tunjukkan macam mana caranya untuk turunkan brek tangan. Pemeriksaan rakaman dashcam juga mendapati pemanduan tak stabil. Kadang-kadang masuk lorong bertentangan dan ada masanya ke kiri dan ke kanan.

Bila diminta pegawai penyiasatan untuk menghidupkan enjin, beliau juga berjaya menunjukkan cara yang betul.

Hmm, macam-macam hal la adik.

TikTok: @asyhkmshl_98

Raja Lepak

Read Previous

Hanya Tuang Air Dalam Gelas, Wanita Sunyi Mampu Buat ‘Escort Boy’ Jana RM1k Sehari

Read Next

Sebab Berkulit Gelap, Lelaki Nigeria Ini Kongsi Terima Layanan Rasis Di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *