Sebab Berkulit Gelap, Lelaki Nigeria Ini Kongsi Terima Layanan Rasis Di Malaysia

Biasa kalau ditanya review tentang pengalaman pelancong melancong ke Malaysia, rata-rata akan memuji keramahan dan kebaikan yang diterima mereka sepanjang trip.

Tapi lain halnya bila seorang lelaki Nigeria berkongsi tentang pengalamannya melancong ke Malaysia. Ini kerana di sini beliau menerima layanan rasis hanya kerana warna kulitnya yang gelap.

Dalam satu video yang dimuat naik di TikTok, Suleiman berkongsi punca yang menyebabkan beliau memandang Malaysia sebagai sebuah negara rasis adalah kerana pengalamannya semasa bercuti ke Sabah semasa bergelar pelajar pada tahun 2016.

Keberadaan mereka selama 4 hari di Kuala Lumpur tiada masalah sebelum memutuskan untuk bercuti ke Sabah. Di dalam pesawat, ramai yang merenung beliau dan rakan-rakannya seperti tidak pernah nampak orang berkulit hitam dalam hidup mereka sebelum ini.

Sampai di bahagian pemeriksaan imigresen, mereka di bawa ke dalam bilik berasingan sebelum dimaklumkan bahawa mereka tidak dibenarkan untuk masuk ke Sabah. Yang mengejutkan mereka apabila pegawai yang terlibat menegaskan bahawa tiket penerbangan pulang harus dibiayai sendiri.

Memberitahu bahawa dia tidak mempunyai duit untuk membayar harga tiket, pegawai tersebut bersetuju untuk membayarkan tiket untuk beliau untuk pulang ke Kuala Lumpur. Tetapi beliau hanya bersendiri, kerana rakan-rakannya tidak mampu untuk pulang bersama.

Di Kuala Lumpur, beliau sekali lagi mengalami pengalaman yang sama apabila tiada pemandu teksi mahu mengambil beliau, manakala di kedai makan tiada yang mahu mengambil pesanannya.

Tidak terhenti di situ, sebelum meninggalkan Malaysia, beliau sekali lagi berdepan dengan isu sama semasa sedang berbaris untuk menaiki kapal terbang.

Kasihan Suleiman. Harap beliau tak serik untuk ke Malaysia semula. Malaysia banyak makanan sedap!

TikTok: suleiman_toks

Raja Lepak

Read Previous

Tiba-Tiba Jadi Misteri, Kanak-kanak Pandu Kereta Di Langkawi Dakwa Ia Dipandu ‘Tok Wan’

Read Next

Suruh Hantar Emel Untuk Rekod, Lelaki Pening Dengan Perangai Intern Minta Cuti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *