Bila sebut tentang Khairul Amin, banyak yang boleh diidolakan dengan influencer dengan konten-konten masakan ini. Tidak pernah mencipta kontroversi, malah berjaya menangani masalah dengan cara yang berhemah, Khairul Amin memang sentiasa menjadi contoh dan inspirasi ramai pihak.
Dah nak dekat raya, pastinya sebagai majikan, ada yang tidak melepaskan peluang untuk memberikan kegembiran buat kakitangan kan?
Tidak terkecuali Khairul Amin juga membuat kejutan dengan membawa kesemua pekerjanya shopping baju raya, berbuka puasa di hotel dan bonus raya! Bukan seorang dua tetapi kesemuanya pekerjanya, di mana beliau sanggup menutup kilang demi meraikan kekitangannya.
Kemudian, beliau juga sudah ada plan untuk bawa kakitangannya bercuti selepas raya ini tau. Fuh!
Bak kata netizen, Khairul Amin sanggup melawan ‘hukum majikan’ yang selama ini tanpa sedar selalu diterapkan dalam sesebuah organisasi.
Memang sangat inspirasi. Khairul Amin memang sesuatu. Itu yang sampai ada yang sanggup offer diri untuk bekerja dengan beliau! Banyak sangat benefit yang ditawarkan kepada kakitangan. Bos pun baik sangat!
Semoga lebih ramai majikan yang begini. Nak datang kerja hari-hari pun rasa happy sebab dihargai.
Twitter: @khairulaming