Nampak Entiti Tengok TV Dalam Klinik, Pak Guard Selamba Tegur ‘Ajak Borak’ Macam Member

Dalam hidup ni, kita kena selalu ingat yang bukan kita sahaja yang mendiami tempat yang namanya bumi. Ada makhluk lain yang berkongsi tempat, malah ada juga mereka dari dunia yang lain. 

Dalam satu sharing di TikTok, viral tentang seorang pak guard yang didakwa berjaya merakam kelibat entiti yang sedang khusyuk menonton televisyen dalam sebuah klinik kerajaan pada waktu tengah malam. Difahamkan klinik tersebut baru sahaja dibuka di Perlis. 

Pak guard dengan tenang menyuluh ke dalam ruang menunggu sebelum mendapati satu entiti yang sedang duduk di kerusi. Korang boleh nampak juga yang televisyen di ruangan tersebut juga berada dalam keadaan menyala.

 Tak cepat gabra, pak guard dengan selamba menegur entiti tersebut. 

“Satgi tutup TV balik nah, Assalamualaikum. Cuba kalih nak tengok sikit. Oh tengok TV, takpa sat lagi tutup balik TV. Pandai dia. Mai sorang ka tu? Takpa sat lagi tutup balik TV.”

Memang berani betul pak guard ni. Dia ajak sembang macam borak dengan member. Min kalau jumpa benda gini, harap diri ni pengsan sampai esok pagi je. 

TikTok: @malaysianupdatenews

Raja Lepak

Read Previous

Semua Online, Doktor Gigi Kongsi Kes Pesakit Beli Tampalan Gigi Di Shopee

Read Next

‘Mudah Kerja Tulis Lirik’, YouTuber Ini Guna ChatGPT Hasilkan ‘Diss-Track’ Tentang Jay Chou

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *