‘Mudah Kerja Tulis Lirik’, YouTuber Ini Guna ChatGPT Hasilkan ‘Diss-Track’ Tentang Jay Chou

Sejak mula dilancarkan pada akhir November tahun lalu, ChatGPT mendapat perhatian ramai. Ramai yang menggunakan aplikasi ini untuk gunakan tugasan kerana ia dikatakan memiliki fungsi yang hampir sama dengan pemikiran manusia.

Tapi siapa sangka ChatGPT juga boleh menghasilkan lirik lagu?

Sebuah kumpulan Youtuber dari Malaysia, Steady Gang yang terkenal dengan parodi lagu-lagu Mandarin Pop atau Mandopop menggunakan ChatGPT untuk menghasilkan lirik ‘diss-track’ mengenani Jay Chou. 

Pada awalnya, ChatGPT memuji Jay Chou sebagai raja muzik. Namun ia kemudiannya bertukar kepada ‘diss-track’ apabila mereka meminta lirik yang lebih kelakar.

ChatGPT komplain yang lagu-lagu Jay Chou susah untuk difahami. “Liriknya terlalu susah untuk difahami, macam baca teks lama.”

Pada percubaan ketiga, ChatGPT diarahkan untuk membuat lirik lebih rhyme dan ketika itulah ‘masterpiece’ ini dihasilkan. ChatGPT juga memberikan lirik lagu tersebut sebagai ‘Do You Understand?’.

Dengan lirik yang ada, Steady Gang bekerjasama dengan penyanyi Mandopop Malaysia, Mr Choo dan sekumpulan music producer untuk menjadikan lagu itu satu kenyataan. 

Kalau macam ni, susah la manusia nak cari kerja. Semua pun boleh pakai AI. Betul tak?

Video: YouTube Steady Gang

Raja Lepak

Read Previous

Nampak Entiti Tengok TV Dalam Klinik, Pak Guard Selamba Tegur ‘Ajak Borak’ Macam Member

Read Next

Bukan Sebab Rebut Harta, Ini Punca Kenapa Mahkamah Arah Rumah Arwah Ibu Ali Puteh Disita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *