Viral Kes Pemanggil Mengilai Di Radio Era, Netizen Imbas Semula Kejadian ‘Tangan’ Dari Kereta Dalam Insiden Jatuh Gaung Tahun 2019

Viral kan baru-baru ni tentang seorang pemanggil wanita yang berkongsikan cerita kisah kemalangan beliau kepada seorang DJ EraFM sebelum secara tiba-tiba menangis dan mengilai di akhirnya. 

Walaupun ada je mulut-mulut yang berkata ia hanyalah konten, dan telah dinafikan pihak EraFM, korang tahu tak lepas tu ada yang sebarkan semula video rakaman sebuah kereta yang ditarik keluar dari gaung pada tahun 2019?

Apa yang menariknya, kemalangan tersebut hampir sama seperti yang diceritakan oleh pemanggil misteri tersebut. Kalau lihat betul-betul, semasa kereta ditarik ke atas, akan ada kelibat seperti ‘tangan’ membuang sesuatu keluar dari tingkap bahagian belakang.

Malah menurut perakam asal, pada awalnya beliau tidak perasan mengenai perkara tersebut sehinggalah ada yang menegur mengenai kejadian tersebut. 

Tapi, ramai yang berpendapat ia hanyalah kebetulan sahaja.

Video: Twitter @leprincessaxo

Raja Lepak

Read Previous

‘Dia Yang Berhutang, Netizen Pula Kena Bayar’ Pasangan Dikecam Minta Warga Twitter ‘Dark Side’ Bayar Lebih RM2,700 Hutang Kad Kredit

Read Next

Boleh Putih Masa Raya, Servis Drive-Thru Whitening Drip Buat Netizen ‘Tak Boleh Brain’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *