“Jangan malu bertanya, nanti sesat jalan.”
Tapi lain yang dihadapi sebuah kedai runcit di Hong Kong ini. Disebabkan menerima lebih 100 pertanyaan setiap hari, mereka terpaksa mengenakan bayaran sebanyak RM5 atau $10HK selepas menerima lebih 100 soalan dalam masa sehari daripada pelancong.
Rata-ratanya datang untuk bertanyakan mengenai jalan.
Mungkin sebab dah give up dan penat dianggap sebagai kaunter pertanyaan, maka mereka mengambil keputusan tersebut. Dengan satu nota yang ditampal di hadapan kedai, mereka juga menjelaskan kakitangan dan syarikat tidak ada kewajipan dan tanggungjawab untuk menjawab pertanyaan tersebut.
Kalau korang nak tahu, lokasi kedai ini dulu merupakan pejabat tiket bas yang membawa penumpang dari Hong Kong ke China yang ditutup ketika pandemik OCVID-19 melanda dunia dua tahun lalu.
Sebab itulah ramai yang datang ke sana dan bertanyakan jalan untuk ke terminal yang lokasi terminal terbaharu agaknya.
Korang rasa macam mana?