Macam Sangkar Hamster, Sewa RM700 Untuk Bilik Kecil Di Shah Alam Timbulkan Kemarahan Netizen

Isu bilik sewa yang tak sepadan dengan harga ni sebenarnya banyak sangat dah diperkatakan dalam masyarakat kita. Hanya kerana lokasi yang strategik, kadangkala pihak pemilik menawarkan bilik yang bukan sahaja kecil, tapi kadar sewanya juga sangat tak berpatutan. 

Yang terbaharu, seorang pengguna Twitter meluahkan rasa kesalnya semasa melakukan pencarian bilik sewa di Shah Alam. 

Dengan harga RM700, bilik single ini tidaklah terlalu besar namun dilengkapi dengan meja belajar, katil bersaiz single, air-cond dan almari. Sehingga ada yang menggelarkannya sebagai ‘kandang hamster’. 

Malaysia ni dah macam nak ke arah Hong Kong ke? Risau pulak min tengok keadaan bilik sewa sekarang ni. Ada juga yang sharing keadaan bilik sewa di Cyberjaya yang berkonsepkan mini capsul yang mana kadar sewanya sekitar RM290 sebulan!

Korang yang pernah ‘rent-hunting’ ada pengalaman macam ni tak?

Twitter: @fkadeya

Raja Lepak

Read Previous

Perbincangan Isu Jenama Air Berkarbonat Dari Australia, Halal Atau Tidak?

Read Next

Penat Dah Nak Jawab, Kedai Letak Caj Untuk Setiap Pertanyaan Pelancong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *