‘Jangan Sibuk’, Lelaki Rohingya Tegur ‘Ustaz’ Isu Gempur Tapak Bisnes Haram Warga Asing

“Saya nak bagitau ustaz, ustaz orang tempatan dan kami pendatang asing. Kalau boleh ustaz jangan terlalu sibuk dengan hal orang asing ini”.

Itu respon seorang lelaki yang dipercayai etnik Rohingya kepada seorang aktivis yang bergelar ‘ustaz’ yang didakwa cuba menggempur tapak bisnes warga asing yang dibina secara haram sehingga mendatangkan kemarahan penduduk.

Dalam video itu juga, beliau juga berkata dia dan rakan negaranya datang ke Malaysia bukan sebab mereka suka tinggal di sini tetapi kerana melarikan diri daripada kampung halamannya yang dilanda masalah.

“Kami terpaksa, bukan sebab kami suka. Jadi kami sudah duduk di sini, ada yang sudah berkeluarga, ada anak, ada isteri dan juga orang bujang, duda. Kami duduk di sini bukannya kami pergi kacau setiap rumah untuk minta makan. Bukan.”

Malah di akhir video beliau juga meminta agar aktivis tersebut tdak bertindak keterlaluan dan menyerahkan hal berkaitan PATI kepada pihak berkuasa.

Malangnya video tersebut tidak diterima baik. Ramai yang meninggalkan komen meluahkan rasa marah mereka dengan sesetengah warga asing yang menunjukkan belang sehingga membawa kesusuhan kepada penduduk.

“Duduk negara orang, buat cara menumpang. Jangan berlagak tempat sini awak punya. Jaga attitude orang sini. Orang tak marah kalau awak tak buat perangai.”

Raja Lepak

Read Previous

Menyesal Lambat Tahu. COMICO Vimo S-MI, Mikrofon Tanpa Wayar kecil molek yang membuatkan hidupku lebih SMOOTHHHHH!

Read Next

‘Dia Yang Berhutang, Netizen Pula Kena Bayar’ Pasangan Dikecam Minta Warga Twitter ‘Dark Side’ Bayar Lebih RM2,700 Hutang Kad Kredit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *