Prank Menyamar Jadi Pegawai Polis Di Balai Bawa Padah, Pemuda Ditahan Reman

Padah menyamar sebagai pegawai polis semasa menghantar kek di Balai Polis Tapah bertukar musibah apabila seorang lelaki ditahan reman selepas memberitahu ianya adalah satu prank.

Menurut Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, suspek yang berusia 36 tahun itu datang ke balai polis dan memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis dari Bukit Aman kepada anggota yang bertugas sebagai penyelia kaunter aduan.

Dan tujuannya datang ke situ adalah untuk menangkap pegawai polis tersebut. Suspek kemudian mengatakan mahu keluar untuk mengambil fail sebelum masuk semula ke dalam balai dengan membawa sebiji kek yang ditempah seorang pelanggan untuk pegawai tersebut dan memberitahu ia adalah satu prank.

Walaupun ia adalah prank, perbuatan tersebut telah melampaui batas dan salah kerana disifatkan menyamar sebagai polis.

Kredit imej: Kosmo

Malah ketika disoal, suspek sekali lagi memberitahu dia adalah anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching. Namun apabila diperiksa dokumennya, suspek adalah orang awam dan isterinya menjalankan perniagaan tempahan kek.

Suspek ditahan di lokap Balai Polis Siburan dan disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan dan direman di Mahkamah Kuching.

Side note: Berani betul buat prank dekat pegawai ya.

Raja Lepak

Read Previous

Shopee Mula Tawar Pinjaman SLoan Setinggi RM100,000 Untuk Pengguna Terpilih

Read Next

Mokti’s Mendonia, Dari Perlis Kini Buka Cawangan Pertama Di Turkiye

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *