Shopee Mula Tawar Pinjaman SLoan Setinggi RM100,000 Untuk Pengguna Terpilih

Peningkatan kos sara hidup sekarang membuatkan ramai yang memilih alternatif lain untuk membuat pinjaman. Kerana permintaan yang tinggi, banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini dengan kadar interest bulanan yang berbeza.

Seperti Shopee, selain daripada SPay Later, mereka kini kembali dengan perkhidmatan pinjaman kewangan, SLoan yang mana boleh mencapai jumlah RM100,000!

Dengan tempoh pengesahan dalam masa 24 jam, SLoan sama seperti pinajaman kewangan lain yang mana ada caj pemprosesan, penalti 8% sekiranya lewat melakukan pembayaran, kadar faedah sehingga 18% per tahun dan beberapa lagi syarat yang lain.

Kredit: SoyaCincau

Namun tak semua pengguna mendapat akses ini. 

SLoan ditawarkan kepada pengguna secara berperingkat melalui aplikasi Shopee, bergantung kepada penggunaan pengguna di aplikasi ini. Macam mana nak tahu korang dah dapat ke tak, cuba check di bahagian MyWallet.

Memang seronok sekarang ni dah mudah nak buat loan, tapi kena ingat ukur baju di badan sendiri tau. Dahulukan keperluan daripada kehendak sebab kalau dibiarkan nanti lama-lama hutang menjerat anda pula.

Raja Lepak

Read Previous

Masih Lagi Jadi ‘Barang Panas’, Kad TnG NFC Dibida Lebih RM80 Di Group FB

Read Next

Prank Menyamar Jadi Pegawai Polis Di Balai Bawa Padah, Pemuda Ditahan Reman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *