Cari Anak Kucing Untuk ‘Kudap-Kudap’ Ular Peliharaan, Tindakan Pemilik Akaun Twitter Ini Dikecam. Kemudian Buat Laporan Polis Kata Hanya Bergurau

Ular memang salah satu jenis haiwan yang menarik sehinggakan ada yang menjadikan ia sebagai satu hobi juga trend dalam memeliharanya sebagai haiwan peliharaan. 

Kecoh juga semalam apabila satu akaun Twitter mengakui tengah ‘hunting’ anak kucing untuk diangkatkan. Bukan untuk dijaga tetapi untuk haiwan peliharaannya iaitu seekor ular.

Apabila ditanya, “buat lauk ke?”, pemilik akaun menjawab, “buat kudap-kudap”.

Teruk menerima kecaman, kemudian pemilik akaun tampil membuat laporan polis dan mengatakan bahawa ia hanyalah gurauan.

Hmm, nak bergurau pun macam tak kena tempat je bro. Sendiri tangunglah akibatnya kalau dah tersalah gurau.

Kredit gambar: Facebook Dunia Kucing Malaysia

Facebook: Muhammad Syafiq

Raja Lepak

Read Previous

Rakyat Malaysia Bakal Sambut Hari Raya & CNY Sekali Pada 3 Tahun Ini

Read Next

Tanpa Sedar Mungkin Korang Ada Anxiety, Jom Check Ada Tak 7 Tanda-Tanda Ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *