‘Air Kosong Strabucks’, Lelaki Ini Kongsi Cara Order & Minum Tanpa Rasa Bersalah

Pernah terfikir tak korang pergi Starbucks dan order air kosong?

Haa, jangan tak tahu Starbucks pun ada air kosong untuk korang order tanpa perlu risau tentang kandungan gula. Atau kalau kawan korang ajak korang lepask Starbucks, tapi korang bukan dak dak ngopi. Bolehlah order air ni.

Menurut seorang lelaki yang dikenali sebagai Akhtar Syamir, ada ‘air kosong’ yang boleh korang order di Starbucks. Caranya mudah je.

  1. Order Sparkling Water Pellegrino.
  2. Minta penuhkan cup venti dengan ais dan masukkan sikit lemon, tuang terus sparkling water ke dalam cup.
  3. Tutup rapat dan goncnag-goncang sikit. Siap!

Kata bro Akhtar, air ni memang sedap dah refreshing. Sesuai untuk yang tengah jaga gula. Harga biasanya RM9.50, kadang-kadang ada Starbucks yang charge lemon tu RM1.

Macam menarik ni. Kalau terasa nak lepak port hipster bolehlah order air kosong ni kan.

Kredit: Akhter Syamir

Raja Lepak

Read Previous

Selepas 8 Tahun, Netizen ‘Jumpa’ Semula Lelaki Yang Berani ‘Sound’ Mas Idayu Dalam TV

Read Next

Promosi Barang Branded Terlajak Murah, Ramai Warga Emas Terjerat Dalam Scam Beli Online Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *