Selepas 8 Tahun, Netizen ‘Jumpa’ Semula Lelaki Yang Berani ‘Sound’ Mas Idayu Dalam TV

Program realiti Famili Duo baru-baru ini terlibat dalam kontroversi yang kurang enak apabila salah seorang daripada jurinya telah memberikan komen tegas kepada pasangan duo, Naim dan Sissy Iman sehingga menyebabkan Sissy tidak mampu menahan sebak.

Walaupun Mas Idayu menyifatkan komen yang dilontarkan adalah salah satu cara beliau menunjukkan kasih sayangnya, namun rata-rata netizen masih yang tidak dapat menerima cara komen tersebut disampaikan.

Sehingga ada yang sanggup menggali ‘kisah lama’ melibatkan beliau, antaranya semasa salah seorang daripada peserta yang menghadiri satu uji bakat program TV mempersoalkan semula suara penyanyi dangdut tersebut.

Walaupun sudah lapan tahun berlalu, siapa sangka ‘keberanian’ lelaki ini menyebabkan netizen mula mencari semula keberadaannya dan dikongsikan di group Facebook Isu Terkini Apa Hari Ini (i-TAHI).

Netizen kita, kalau bab ‘mengorek’ dan teh tertumpah memang laju!

Raja Lepak

Read Previous

Lelaki Menyamar Jadi Kekasih Pembunuh Abang 14 Tahun Kemudian Sebagai Rancangan Balas Dendam

Read Next

‘Air Kosong Strabucks’, Lelaki Ini Kongsi Cara Order & Minum Tanpa Rasa Bersalah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *