Chant ‘Sawadikap’ Atas Kemenangan Thailand, Ramai Senang Tengok Ultras Malaya Berkongsi Contoh Sebagai Fans Bola Yang Baik

Meskipun tewas 3-0 ke atas pasukan Gajah Perang  pada aksi separuh akhir kedua Piala AFF Mitsubishi di Stadium Thammasat, Thailand penyokong pasukan Malaysia yang hadir di arena menerima pujian di atas sikap yang ditunjukkan.

Mana tidaknya, Ultras Malaya yang hadir tetap memberikan sorakan ‘Sawadikap.. Sawadikap.. Thailand’ sebagai tanda meraikan kemenangan pihak lawan biarpun pasukan sendiri tewas. 

Pemain Thailand juga turut menyambut baik chant tersebut. Ada yang tersenyum dan turut bertepuk tangan mengikut rentak yang dilaungkan Ultras Malaya.

Turut menerima pujian daripada FIFA yang menyatakan inilah keindahan sukan yang sebenarnya. Biarpun sedih dengan kekalahan pasukan sendiri, namun penghormatan dan ucapan tahniah tetap diberikan kepada pihak lawan.

Inilah nilai yang jarang kita nampak dalam industri sukan. Tahniah Ultras Malaya. Korang memang best!

Kredit: TikTok @affmecup

Read Previous

‘Sos Tak Ada’, Penyokong Merungut Kena Scam Burger Stadium Harga Mahal

Read Next

Tips ‘Panggil’ Kucing Hilang, Ramai Dah Cuba & Berkesan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *