Buat Live Spotcheck Asrama, Netizen Kantoikan Tempat Persembunyian Biasa ‘Barang Haram’

Bila duduk asrama, memang ada peraturan yang perlu diikuti. Ada juga barang-barang yang dikategorikan sebagai ‘barang haram’ yang tak boleh dibawa ke asrama.

Yang duduk asrama dan pernah lalui momen ni tahulah macam mana seramnya bila warden buat spotcheck. Ada juga tempat-tempat rahsia yang digunakan untuk sorokkan barang haram yang mana warden tak terfikir pun nak cari sampai ke situ.

Tapi bila zaman dah berubah, lain macam jadinya. Sambil spotcheck, warden boleh buat live. Netizen yang pernah lalui zaman sorok barang haram semasa spotcheck pula boleh kantoikan dekat mana port-port budak asrama sorok barang haram ni.

Dalam satu video yang dikongsikan semula di Twitter, ada netizen yang meminta cikgu tersebut mencari di kawasan celah tingkap, di pasu bunga, dalam bekas sabun dan pelbagai lagi lokasi. 

Amboi netizen, kemain ye dah habis korang! Mentang-mentanglah korang dah habis sekolah, korang kantoikan pulak dekat cikgu tu ye.

Twitter: @alanrslee

Raja Lepak

Read Previous

Ini Sebab Kenapa Ryuji Sato Jadi Pengadil Paling Dibenci Penyokong Harimau Malaya

Read Next

Kena Caj RM86, ‘Game Harga’ Nasi Kandar Food Court KL Memang Tak Masuk Akal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *