Ini Sebab Kenapa Ryuji Sato Jadi Pengadil Paling Dibenci Penyokong Harimau Malaya

Perlawanan ke-3 Kejohanan AFF Mitsubishi Electric 2022 antara Vietnam dan Malaysia baru-baru ni berakhir dengan beberapa isu panas melibatkan pengadil dari Jepun, Ryuji Sato. 

Kalau korang lawat media sosial Ryuji Sato, teruk juga beliau dikecam terutamanya daripada kalangan penyokong Harimau Malaya. Sehingga beliau 

Ini kerana ramai yang merasakan keputusan yang dibuat Ryuji Sato tak masuk akal sehingga memberi kesan kepada aksi pasukan Harimau Malaya.

Tindakan memberikan sepakan penalti kepada pasukan Vietnam pada minit ke-60 sehingga menyebabkan pasukan Vietnam menjaringkan gol kedua dan melayangkan kad merah kepada pemain negara, Azam Azmi Murah disebabkan pelanggarannya bersama pemain Vietnam, Doan Van Hau merupakan punca utama Ryuji Sato menerima kecaman hebat.

Selepas diselidik, rupanya sebelum ni Ryuji Sato pernah juga mengadili perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 antara pasukan Malaysia dan Vietnam. 

Dalam game tu juga, Ryuji dikatakan telah membuat keputusan kontroversi dengan memberikan penalty kepada Vietnam di saat akhir perlawanan sehingga menyebabkan pasukan Malaysia kalah dengan skor 2-1 bersama Vietnam.

Raja Lepak

Read Previous

Bukan Milik TM, Ini Sebenarnya Pemilik Menara KL

Read Next

Buat Live Spotcheck Asrama, Netizen Kantoikan Tempat Persembunyian Biasa ‘Barang Haram’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *