3 Bulan Kosong, Individu Selamba Tumpang Siap Tukar Kunci & Mangga Tanpa Inform Tuan Rumah

Biasanya nampak atau baca berita mengenainya di luar negara sahaja. Tak pernah pula terfikir yang dalam Malaysia ni rupanya ada juga yang berperangai selamba dan tak tahu malu sebegini. 

Rumah yang dilihat kosong selamba sahaja dijadikan sebagai rumah sendiri tanpa kebenaran atau diinform kepada tuan rumah. Ini yang dikongsikan dalam satu video yang menjadi fyp TikTok.

“Rumah dah 3 bulan kosong, datang-datang ada orang duduk dalam rumah buat macam rumah sendiri. Siap ada barang-barang, gantung jam, frame. Mangga pintu pun kena tukar, nasib tingkap boleh masuk.”

Dalam video yang lain, tuan rumah memberi update mereka telah memanggil pihak polis bagi tujuan keselamatan. Semasa disoal, lelaki tersebut dikatakan mengaku bahawa rumah tersebut adalah rumah ibunya.

Kemudian, lelaki tersebut akur dan mengeluarkan semua barangannya dari rumah berkenaan seperti yang diarahkan oleh pihak polis.

Hmm, betul-betul lain kes macam ni. Korang kalau ada rumah yang kosong tu, rajin-rajinlah pi jenguk. Takut jadi macam ni. Risau dibuatnya. 

Kredit: TikTok @meer.nann

Read Previous

Kena Caj RM86, ‘Game Harga’ Nasi Kandar Food Court KL Memang Tak Masuk Akal

Read Next

‘Sos Tak Ada’, Penyokong Merungut Kena Scam Burger Stadium Harga Mahal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *