Tak Payah Thumbprint, Ini Cara Mudah Nak Tukar Nama Kenderaan Guna Online Je!

Sejak dunia dilanda pandemik COVID-19, Malaysia antara negara yang kita boleh nampak peralihannya kepada dunia online. Banyak urusan yang dulu kena pergi ke kaunter dah boleh buat secara online sahaja.

Ini termasuklah proses nak tukar nama kenderaan yang mana dah tak perlu korang pergi ke kaunter JPJ.

Dalam satu sharing video YouTube Akhi Akmal, korang hanya perlu ke kaunter JPJ untuk memberikan biometrik cap ibu jari untuk mendapatkan ID Advance daripada ID Standard. Hanya bawa kad pengenalan dan berikan emel. Tak perlu isi borang.

Kemudian, lepas dah dapat maklumat tu, korang dah boleh log masuk ke portal MySikap dan pilih pada bahagian Kenderaan dan pilih Permohonan Pertukaran Hak Milik (Pemilik Berdaftar).

Pemilik asal hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan dan emel pemilik baru dan pemilik baru kena lengkapkan permohonan dengan menerima dan membayar jumlah yang diperlukan.

Mudah je kan?

Video: YouTube Akhi Akmal

Raja Lepak

Read Previous

Minta Bayar Ansur Sebab Tak Mampu, Rakyat Malaysia Yang Tawar Servis Free Pada Lelaki Ini Lepas Posting Mencari Kereta Bajet

Read Next

Dapat Offer Kerja Mudah Gaji Lumayan, Lelaki Kongsi Trick Test Scammer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *