Dapat Offer Kerja Mudah Gaji Lumayan, Lelaki Kongsi Trick Test Scammer

Teknologi yang ada sekarang memang memudahkan. Tapi dalam masa sama penggunaannya perlulah lebih berhati-hati sebab ada pihak yang tak bertanggungjawab sentiasa mencari peluang untuk ambil kesempatan pada individu lain.

Contohnya menggunakan iklan tawaran kerja yang lumayan sebelum menggunakan ia sebagai modus operandi untuk scam orang yang terdesak.

Seperti yang berlaku kepada seorang pengguna Twitter@techsupremo ini, yang mana beliau menerima tawaran kerja sambilan daripada seorang wanita yang kononnya dari Shopee.

Tidak mempercayai bulat-bulat, lelaki tersebut menggunakan trick mengarahkan supaya wanita tersebut membuktikannya sebelum diberikan pas kerja Shopee yang nampak sangat hasil edit.

Kredit: Twitter@techsupremo 

Beliau kemudiannya mengarahkan supaya wanita tersebut bergambar bersama pas kerja berkenaan. Namun terbuktilah ia scammer apabila mesej tersebut tidak dibalas.

Apabila dikongsikan pengalamannya di Twitter, ramai yang meminta untuk orang ramai berhati-hati. Ini kerana menggunakan modus operansi like dan akan dibayar, scammer kemudiannya akan menawarkan pakej yang boleh menambah pendapatan. Makin mahal pakej, makin lebatlah income yang masuk nanti.

Atau mungkin kononnya korang dapat call/mesej yang mengatakan korang menang duit dalam nilai besar dan sebagainya. 

Hati-hati, jangan terpedaya!

Raja Lepak

Read Previous

Tak Payah Thumbprint, Ini Cara Mudah Nak Tukar Nama Kenderaan Guna Online Je!

Read Next

Usaha Rumah Terapungnya Pernah Diejek Dulu, Kali Ini Pokwe Mampu Senyum Hadapi Musibah Banjir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *