Sebab Terlampau Cantik, Ini Kisah Sedih ‘Anak Pontianak’ Tiara Kartika

Beberapa hari lalu, seorang gadis menjadi bualan orang ramai kerana kejelitaannya. Mendapat gelaran Anak Pontianak, rupanya ada kisah sedih dalam hidup seorang Tiara Kartika ini.

Dalam satu video yang dimuat naik di YouTube Karol Inoviani, Tiara dikatakan dijumpai oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Nenek Nur semasa bayi lagi di kawasan tengah hutan. Nenek Nur kemudiannya membawa pulang Tiara dan menjaganya sehingga kini.

Tidak mengenali siapa ibu dan bapanya, gelaran Anak Pontianak itu didapati daripada rakan-rakan sekolah rendahnya yang mengatakan pernah melihat dia dirasuk, bercakap sendiri dan menyikat rambut seperti pontianak.

Dalam video tersebut, Karol menjelaskan bahawa Tiara anak manusia biasa cuma sedikit istimewa kerana memiliki ‘penjaga’ berupa pontianak yang menjaganya dari kecil sehingga sekarang.

Sumber imej: YouTube Karol Inoviani

Raja Lepak

Read Previous

Axiata Arena Bakal Jadi Saksi Malam Pertarungan Penuh Aksi One Championship

Read Next

Cuak Kena Prank Hantu, Gelagat Roommate Cina Pasang Surah Yassin Buat Ramai Terhibur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *