Spek Longgar? Bukan Skru Yang Kena Ketatkan Tapi Repair 2 Benda Ni Tanpa Perlu Tukar Frame

Geng-geng spek mesti faham kan struggle pakai spek. Dahlah struggle dari segi penglihatan, kena pulak power tu tinggi. Setiap kali nak tukar spek, terasa sangatlah struggle nak keluarkan bajet.

Satu benda yang common bila dah pakai spek ni ialah masalah spek longgar dan menggelongsor ke batang hidung. Sedar sedar, macam hidung pulak yang rabun. 

Dan biasanya kita fikir solusi masalah ni ialah ketatkan skru yang sambungkan batang spek dan bingkai. Tapi bila dah ketatkan, eh sama je lagi. Masalah macam tak selesai je.

Nak tahu tak sebab apa?

Sebab korang dah salah adjust! Bahagian yang perlu korang adjust bukannya pada skru tu tadi tapi pada kaki spek dan bahagian penyambung dua kanta yang berhubung dengan bahagian telinga.

Haa, lepas tu barulah elok je spek tu dekat muka. Selamat bajet sebab tak kena tukar frame!

Tip ni daripada optometris sendiri tau. So memang boleh dipercayai.

Video: TikTok @hakimikimisha

Read Previous

Penumpang Terkejut Tengok Wanita Selamba Kencing Dalam MRT

Read Next

Isu Manager Kekwat, Ini Respon Khairulaming

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *