Penumpang Terkejut Tengok Wanita Selamba Kencing Dalam MRT

Korang tengok tak video viral seorang wanita yang selamba je buang air dalam MRT? 

Kejadian yang berlaku dekat Singapore ni memang mengejutkan ramai. Mana tidaknya, public transport tiba-tiba sahaja bertukar jadi public toilet!

Wanita berusia dalam lingkungan 20-an ini dikatakan kelihatan seperti mabuk berada MRT yang sedang dalam perjalanan ke Jurong East pada jam 12.30am.

Pada awalnya dia baring di atas tiga tempat duduk kemudian tiba-tiba bangun dan berjalan terhuyung-hayang dengan meninggalkan begnya. Dengan tak pakai mask dan batuk teruk, tiba-tiba je dia buka seluar sebelum mencangkung dan buang air di lantai MRT.

Sumber: AsiaOne

Aduhai!

Kalau korang tengok gambar screenshot ni korang boleh nampak yang air tu mengalir sampai hampir terkena penumpang berdekatan. Dia kemudiannya turun di stesen Jurong East dan duduk di eskalator yang sedang menurun. Hanya bangun bila ada penumpang lain nak membantu bila eskalator bawa dia nak sampai hujung.

Sah-sah jugalah perbuatan dia ni melanggar undang-undang kan? Menurut peraturan di bawah Peraturan Kesihatan Awam Persekitaran Singapura: 

“Tiada individu dibenarkan untuk membuat air kecil atau besar di mana-mana jalan, arked, tanah kosong, longkang, terusan atau mana-mana tempat yang menyediakan kemudahan awam untuk tujuan tersebut.”

Haa, nasiblah nanti akan dikenakan penalti. Untuk kesalahan pertama denda sehingga $1,000 dan kalau ini kesalahan berulang, boleh dikenakan sehingga $2,000 dan $5,000 untuk kesalahan kali ketiga.

Raja Lepak

Read Previous

Cara Latihan Simulasi Jika Burung Unta Larikan Diri Dari Kandang Zoo Chiang Mai Hiburkan Netizen

Read Next

Spek Longgar? Bukan Skru Yang Kena Ketatkan Tapi Repair 2 Benda Ni Tanpa Perlu Tukar Frame

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *